|
FUNGSI LEMBAGA RAYUAN
|
|
Lembaga Rayuan bertujuan untuk memberi peluang
kepada orang awam mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau
tidak berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa perancang
tempatan (PBPT) dan seterusnya, menimbangkan kes-kes rayuan
tersebut, dimana ;
|
|
1. |
Lembaga Rayuan sebagai satu badan
berkecuali (independent body) yang dilantik oleh Pihak Berkuasa
Negeri bagi menyelesaikan pertikaian di antara perayu dengan
PBPT khususnya yang terbit dari sesuatu keputusan perancangan
yang mana perayu itu sama ada sebagai pembantah, pemohon,
pemilik atau pengguna merasa terkilan.
|
|
2. |
Lembaga Rayuan sebagai suatu
tribunal bertanggungjawab mendengar, mempertimbang dan membuat
keputusan kepada kes-kes sebagaimana dinyatakan di bawah Akta
172 dan Akta (Pindaan) A933, Akta Perancangan Bandar dan Desa.
|
|
3. |
Menyelesaikan pertikaian antara
perayu dengan PBPT hasil dari keputusan perancangan yang mana
perayu sebagai pembantah, pemohon, pemilik atau pengguna terasa
terkilan.
|
|
4. |
Memberi
peluang kepada orang awam mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau tidak
berpuas hati dengan keputusan pihak PBPT dan menimbangkan kes-kes rayuan.
|
|
5. |
Mendengar
rayuan daripada perayu dan juga PBPT;
|
|
6. |
Memanggil
dan memeriksa saksi;
|
|
7. |
Menghendaki
mana-mana orang mengikat dirinya di atas sumpah untuk menyatakan yang benar;
|
|
8. |
Memaksa
mana-mana pihak mengemukakan dan menyerahkan apa-apa dokumen yang difikirkan
berkaitan bagi rayuan itu;
|
|
9. |
Mengesahkan,
mengubahkan atau mengakas perintah atau keputusan yang dirayu;
|
|
10. |
Mengawardkan
kos; dan
|
|
11. |
Membuat
apa-apa perintah sama ada berkaitan dengan Akta 172 atau pun tidak
|