|
Perancangan Bandar dan Desa di Negeri Kedah Darul Aman bermula selepas
perang dunia kedua apabila pejabat Wilayah Utara dibuka pada tahun 1956
di Pulau Pinang. Pejabat ini bertempat di Fort Conwallis, Pulau Pinang
memberi khidmat perancangan kepada negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang
di bawah pentadbiran Encik Walter Fairbank.
Pada 1 Januari 1965, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Kedah/Perlis
ditubuhkan. Pejabat pertamanya terletak di belakang bangunan Pejabat
Majlis Bandaran Alor Star di Jalan Langgar Alor Star. Jabatan ini
ditadbir oleh Encik Chung Weng Foo, Pegawai Perancang Negeri Pulau
Pinang dengan di bantu oleh seorang kadet teknikal dan 8 orang
kakitangan lain.
Pada 30 Ogos 1967, Jabatan Perancang Bandar dan Kampong Kedah/Perlis
telah berpindah ke Tingkat 2, Bangunan Kerajaan Negeri di Jalan Sultan
Badlishah Alor Star bersebelahan dengan Bangunan Persekutuan. Ketika ini
anggota petugasnya telah bertambah menjadi 11 orang dan Pengarahnya
ialah Encik Ishak bin Ariffin.
Tanggal 1 Januari 1969, Jabatan Perancang Bandar dan Kampong Kedah dan
Perlis telah dipisahkan mengikut negeri masing-masing. Pada waktu itu,
ianya dikenali sebagai Jabatan Perancang Bandar dan Kampong Negeri Kedah
dan Jabatan Perancang Bandar dan Kampong Negeri Perlis.
Pada 1 Februari 1975, perkataan ‘Kampong’ dalam nama Jabatan telah
digantikan dengan ‘Desa’. Pada 9 Januari 1983, jabatan telah berpindah
ke bangunan tetapnya di aras 10, Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor
Setar. Pada tahun 1995, perkataan ‘Perancang’ dalam nama jabatan telah
digantikan dengan ‘Perancangan’.
Kini jabatan ini dianggotai seramai 59 orang pegawai. Daripada jumlah itu,
Pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah seramai 9 orang yang
merupakan Pegawai Persekutuan yang dipinjamkan kepada Kerajaan Negeri.
|