• LAMAN UTAMA
  • PROFIL
  • PERKHIDMATAN
  • JPN
  • LEMBAGA RAYUAN
  • INFO / MUAT TURUN
  • ONLINE
  • HUBUNGI KAMI
  • INFO DALAMAN
  • PERKAS
  • ENGLISH VER.
 
paparan terbaik
resolusi 1024 x 768 pixel

1

 

1

 

 

1

1

h y p e r l i n k

-

 

 

 

 

 
 
PROFIL /
A K T I V I T I  J A B A T A N
 

MAJLIS PELANCARAN PEMUTIHAN PERUSAHAAN SARANG BURUNG WALIT PERINGKAT NEGERI KEDAH

 

Majlis Pelancaran Pemutihan Perusahaan Sarang Burung Walit Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada 29 Disember 2011 bersamaan 04 safar 1433H bertempat di Taman Kam Pian, Jalan Sekerat, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Majlis anjuran bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Bahagian Kerajaan Tempatan)dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Ir Phahrolrazi bin Haji Zawawi (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Pelancaran Pemutihan Sarang Burung Walit Peringkat Negeri Kedah Darul Aman).


Program Pemutihan Perusahaan Sarang Burung Walit telah dilanjutkan kepada bulan Jun 2012 bagi memberi peluang kepada para pengusaha sedia ada untuk mendaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah. Dengan itu, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Veterinar Daerah mempunyai rekod/ maklumat mengenai premis burung walit sediaada dan pemantauan serta kawal selia ke atas aktiviti perusahaan sarang burung walit dapat dilaksanakan terutamanya dari aspek kebersihan, keselamatan, kesihatan dan keharmonian persekitaran.
 

Bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan, Pihak Berkuasa Tempatan akan mewujudkan Pusat Setempat dalam tempoh pemutihan iaitu di Bahagian Pelesenan dimana pengeluaran Lesen Tred dan pendaftaran dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dapat dijalankan serentak. Selain itu juga, terdapat Pegawai Penyelaras Program Pemutihan di setiap Pihak berkuasa Tempatan yang akan bertanggungjawab memberi khidmat nasihat kepada pengusaha dari segi program pemutihan, zoning, permohonan kebenaran merancang dan pelan bangunan.
 

  

 

 
 
 
 

c a r i a n

-
search this site the web
 
 
 

Dasar Privasi

 
  Dasar Keselamatan  
  Soalan Lazim  
  Penafian  
  Peta Laman