|
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
Alhamdullillah,
bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataa'ala kerana dengan limpah
kurniaNya, Laman Web Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Negeri
Kedah Darul Aman dapat juga dilancarkan. Tahniah di atas usaha jitu
segenap lapisan pegawai.
Laman Web JPBD
Negeri Kedah ini disediakan untuk memenuhi dua (2) objektif iaitu
menyebarkan maklumat asas organisasi dari aspek sejarah, struktur
organisasi, objektif dan fungsi serta tenaga kerja Jabatan. Objektif
kedua pula ialah memberi gambaran dan menilai pencapaian-pencapaian
Jabatan di dalam melaksanakan aktiviti perancangan bandar dan desa
di Negeri Kedah Darul Aman.
Saya amat berbesar
hati kerana JPBD Negeri Kedah telah berjaya melaksanakan segala
sasaran kerja yang ditetapkan dengan baik. Pemerosesan ulasan
kebenaran merancang, penyediaan Rancangan Pembangunan (Rancangan
Struktur, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas) serta
menasihati kerajaan negeri dan kerajaan tempatan di dalam
projek-projek pembangunan telah berjaya dilaksanakan dengan
cemerlang sekali.
Sehingga kini,
Jabatan telah berjaya di dalam usaha-usaha untuk meningkatkan
usaha-usaha kemajuan awam serta layanan kaunter yang berkualiti dan
inovasi adalah merupakan antara contoh yang telah dan sedang
dilaksanakan. Jabatan juga berharap akan memperolehi pengikhtirafan
pensijilan ISO 9001:2008 yang sedang diusahakan.
Bagi tahun-tahun
mendatang, cabaran-cabaran di dalam bidang teknologi maklumat,
peranan yang aktif di dalam menasihati kerajaan tempatan, penyediaan
rancangan pembangunan perlu disahut oleh kita semua. Jabatan juga
perlu dilengkapi dengan peralatan yang berteknologi terkini di dalam
usaha melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.
Akhir kata, saya
berharap Laman Web Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah
Darul Aman ini akan berjaya di dalam mencapai objektifnya dan harus
dikemaskini secara berterusan sebagai kesinambungan kepada wadah
pemberi maklumat yang terkini.
Sekian, terima kasih
TUAN HAJI NORAN BIN
SHARIF, ANS., BCK., PPT.
Pengarah
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Negeri Kedah Darul Aman
|